Kehidupan awal Botak Chin

Beliau dilahirkan sebagai Wong Swee Chin dalam sebuah keluarga yang mempunyai 10 beradik di Kuala Lumpur pada 3 Mac 1951. Bapanya ialah pesara jabatan kereta api yang menghantarnya ke sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sentul Pasar dan kemudian ke sekolah Inggeris.[4]

Beliau berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu di pasar borong Jalan Tun Ismail selama setahun. Di sinilah, Botak Chin terpengaruh oleh kegiatan jenayah dan menyertai kongsi gelap (Geng 360) yang menguasai kawasan itu.

Selepas ibunya meninggal dunia, dia lebih suka tinggal di rumah kawan-kawannya dan terbabit dalam jenayah kecil-kecilan seperti mencuri. Kagum akan kehebatan rakannya sebagai gengster, dia berpakat bersama tiga rakannya (dua daripada mereka memiliki pistol) melakukan rompakan pertama pada 19 April 1969.

Rujukan

WikiPedia: Botak Chin http://berita-harian-online.com/botak-chin/ http://themalaysianlife.blogspot.com/2009/11/botak... http://losong.com/ruhana/?_page=6 http://ragedindian.com/2011/11/15/the-legendary-bo... http://syahrilkadir.wordpress.com/2008/05/28/menje... http://www.hmetro.com.my/articles/FailBotakChindib... http://www.sinarharian.com.my/buku/rahsia-botak-ch... http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/6... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2004/9/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/...